Khamis, 8 Oktober 2009

luahan rasa,pengalaman,nikmat cinta dan segalanya...

permata hatiku hanya sekadar untuk aku coretkan segala yang terlintas dibenak fikiranku.....seluas lautan pun belum cukup untuk aku bentangkan...permata hatiku hanya ingin ku kongsikan dengan kalian semua tentang roda kehidupan di bumi nyata. mengahbiskan masa bertahun-tahun untuk laksanakan tanggungjawab dan penuhkan impian tetapi dalam mengharungi segala betapa peritnya hanya Allah s.w.t yang tahu..
                               



                                           KASIH IBU....
dari kecil dia menjaga dan membelai penuh kasih sayang tapi sayang ramai anak muda zaman sekarang tidak menyelami betapa dalamnya kasih ibu yang membawa kita dari dalam kandungan lagi sehinggalah lahir ke muka bumi Allah s.w.t ini dan membesarkn kita dari kecil tapak dua tangan hingga dewasa...



Aku bukanlah dari golongan anak orang berada...hidup aku sekeluarga cukup sederhana..namun ibuku seorang yang pandai berdikari untuk mencari rezeki menampung dan membantu ayahku dalam keluarga...begitu juga ayahku yang kuat bekerja dan dalam diary hidupnya dipenuhkan masanya dengan bekerja..tanpa kenal erti penat lelah untuk membesarkan anak-anak dengan harapan anak-anak menjadi anak-anak yang berguna...bila aku sudah mendirikan rumahtangga bersama insan tersayang dan tinggal berjauhan,setiap detik aku memngingati ibuku dan setiap saat aku merinduinya. bila sudah mempunyai cahaya mata,hatiku bertambah dekat dengan ibuku walaupun pada hakikatnya aku berjauhan dengannya...setiap kali aku menguruskan cahaya mataku, setiap kalilah aku teringat ibu....aku tak tahu kenapa? mungkin cahaya mataku mengingtkan aku pada seusiaku sekecil itu yang di kelolahkan ibuku...betapa besarnya kasih ibu terhadap aku dari kecil hingga dewasa. tak dapat aku dambakan sungguh besar kasih ibu terhadapku.






Melangkah aku ke alam remaja di mana aku mula melangkahkan kaki aku ke kuala lumpur untuk melanjutkan pelajaran aku ke sana...namun untuk melangkahkan kaki ke bandar besar itu banyak mendapat tentangan dari ibuku..kerana dia tidak mahu anak daranya ke luar kota kerana dia kata orang kat kota liar...dia tidak mahu anaknya jadi macam mereka(sambil aku tertawa melihat gelagat ibuku),kenapa mesti ibu nak berfikiran begitu???tidak semua orang jahat...aku memujuk ibuku dengan baik..kalau ikutkan hati,aku nak pergi sambung dalam bidang kegemaranku iaitu bidang penulisan kreatif tetapi ayahku pula suruh aku ambil bidang IT.IT pun IT lah nak buat macam mana sebab IT pun bagus.

Jejak je kaki aku ke kuala lumpur aku dapat kawan baru,pengalaman baru dan suasana baru....apa jadi lepas itu??ermmmm...mulalah hidup aku yang terpaksa pandai-pandailah bawa diri di tempat orang...di sanalah aku berjumpa dengan kawan-kawan baru.errmmmm...klu nak cerita panjang sangat dan letih pulak nak membaca. di pendekkan cerita,aku mengenali kawan-kawanku baik-baik belaka...nasib mereka nie bukan kaki clubing,kaki minum dan lain-lain.Ia cukup buat aku selesa dan menyebabkan aku dapat meneruskan persahabatan bersama mereka sehingga hari ini...

kalau nak dikatakan,semua kisah hidup aku penuh dengan suka duka dalam mengharungi dan mempelajari erti kedewasaan.biarlah segalanya aku bukukan di dalam diary hidup aku sebagai panduan hidup aku di masa akan datang dan generasi berikutnya...hahaha...ayat,tak tahan..



CINTA!!!

satu perasaan yang tidak mampu aku ungkapkan betapa indahnya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu kerana DIA yang menciptakan segala.CINTA!CINTA!CINTA!...hebat betul cintakan..?kenapa perlu ada perasaan itu dalam setiap manusia?CINTA ITU BUTA!xkenal siapa..hahaha...banyak cerita dan pengalaman yang boleh kita kongsikan tentang cinta..Jika anda semua ingin kongsikan kisah cinta anda dalam blog saya,bolehlah emailkan cerita anda pada saya untuk saya paparkan dalam blog saya.


Tajuk : Ku tulis namamu dengan tinta merah!!!!

bukan kerana aku marah.bukan kerana aku kesal.dan juga bukan karena aku ingin mencakarmu. aku hanya ingin menggoreskan namamu dengan tinta merah dia atas selembar kertas putih atau mungkin juga pasir putih.

bukan karena aku benci padamu. bukan karena aku kecewa. dan bukan karena aku ingin menamparmu dengan kedua tanganku.
aku ingin menggoreskn namau dengan tinta merah di sudut hatiku. sebangai tanda bahwa namamu adalah sesuatu yang tak layak lagi untuk disentuh dan diingat.

bukan karena aku tidak mencintaimu lagi. bukan karena aku ingin menghapuskan jejakmu. dan bukan karena aku ingin menggantimu dengan yang lain.
aku hanya ingin menggoreskan namamu dengan tinta merah yang tertinggal di atas mejaku.untuk  memberikan sinyal bahwa engkau terlalu bahaya untukku dan aku terlalu berharga untukmu.

aku pernah menulis namamu dengan tintah hitam,aku pernah menulis namau dengan tinta pink,aku pernah menulis namamu dengan tinta ungu. dan kini saatnya ku tulis namamu dengan tinta merah.

tinta merah adalah simbol untukmu. unutk jangan hadir kembali dalam hidup dan kehidupanku. cukup sudah!sampai disini perjalanan yang kita tempuhi.


Tajuk : Sampainya hatimu

sekian lama aku menunggu utusan darimu,kau sepikan diri tanpa berita. sehingga di setiap sudut aku mencari mu tapi dimana?tidak aku temui bayangmu membuatkan aku sedih,pilu kerana kerinduaan ini tidak dapat bertahan lagi hanya kerana setiap saat aku memikirkan tentang dirimu. aku yakin kau amat menyanyangi aku,tidak mungkina kau lupakan aku begitu saja.

aku redha setelah sekian lama kau pergi tanpa memberi kata putus padaku....sehingga kini masih ku pendamkan lagi semua kata-kata yang tidak dapat aku ungkapkan sewaktu kerinduan melanda. kini aku akan terus memendam dan meyimpan semua kata-kata manis yang harus aku ungkapkan kerana ruang di hatiku telah dipenuhi dengan kehidupan baru.


sapa ada jam nie tolong hadiahkan pada saya...


Orang kata aku lahir dari perut mak...


(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku..... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya........

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya


SubahanAllah.............

cepatnya masa berlalu...dah lama aku xupdate diary ini untuk kongsi bersama...insyaAllah after raya ada banyak lagi perkara yanga hendak aku kongsikan...nantikan....