Syukur Alhamdulilah.........,bila melihat iman yang semakin membesar dan semakin bijak. Pada mulanya fikir iman belum masuk sekolah lagi risau akan perkembangan dia tetapi alhamdulilah ....dia sudah pandai mengaji,mengeja dan berwuduk. Aku tidak putus asa setiap hari aku luangkan sedikit masa untuk anakku. Walaupun sibuk dengan tugas harian selepas maghrib aku luangkan masa sepenuhnya untuk iman. Ajar mengaji,membaca dan aktiviti lain apa yang seronok sgt dia suka bermain dengan water color. penuh lukisan yang bermakna di hatinya telah dia lakarkan pada kertas lukisannya.
Setiap malam aku lagukan Ya Latif untuk dia tidur,alhamdulilah sampai ke usianya hari ini 4tahun setiap malam dia minta aku lagukan Ya Latif. Moga Allah golongkan anakku digolongan anak-anak yang soleh & bijaksana.... Sayu hati bila setiap malam bila nak tidur hendak memeluk aku....Umie sayang iman,papa pun sayang iman juga...besar dugaan aku bila nak melatih anak seorang diri,harap lepas nie hubby dapat posting sini dan tinggal bersama kami.
Moga Kehidupan kami lebih baik dari hari semalam......,walaupun hidup dalam sederhana namun aku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana aku diberi peluang untuk hidup lebih sempurna.