Rabu, 27 Julai 2011

kesibukan menutupi kesepian.......

Aku baru balik out station dungun terengganu.......penat tak terkata. Dalam sibukkan diri dengan mengahabiskan hari demi hari dengan tugas harian,terdetik di hati "bilalah semua ini akan berakhir?" mungkin tak semua yang tahu apa yang aku alami ketika ini. huhhh....lambatnya sampai ke temerloh,hubby dan iman dah tunggu aku kat sana. jam hampit 4pagi. kesian mereka,untuk berjumpa dengan aku terpaksa berpayah demikian.

kini sedang menghabiskan masa bersama hubby dan iman kerana hubby ambil cuti tahun. hubby kata next year kalau dia dapat sambung study, dia akan pergi. seronoknya dalam hati,tapi sedih pun ada kerana terpaksa berjauhan yang tak tahu mana tempat studynya. Rindu pada hubby,rindu pada mak dan ayah yang jauh. Banyak betul dugaan aku,selagi aku boleh harungi semua ini demi anakku dan suami tersayang. Moga Allah s.w.t sentiasa melindungi kami sekeluarga.

Bagi aku cukuplah kalau hubbu boleh adakan masa untuk beriadah bersama iman,belajar bersama. setiap hujung minggu je mesti akan tanya papa dia.aduh....bila dah pandai bertanya macam-macam.....jenuh jugak nak menjawab dan bagi alasan.
Paling aku seronok sekali dapat sambut bulan ramadhan bersama suami tercinta. Dalam kesibukan aku dengan tugas harian,dapat juga aku luangkan masa aku dengan nukilan aku....entah bila akan siap aku pun tak tahu. Yang penting,akan aku siapkan dan akan aku bukukan. Orang pertama yang akan aku hadiahkan pada sahabatku Mohd Nur Shahrin & Nazri serta tidak lupa buat kakak sayang kak mahani sidik.