Rabu, 23 November 2011

Kelebihan Wanita Solehah..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Khamis, 10 November 2011

dasyatnya Doa Seorang Ibu....

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita  di tempat yang terbaik

*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

                                                   


* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.


* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal  maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 

*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia  tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . 

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

**** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.  You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

 if x cube x tau...so why not ..no harm done.....insyaALLAH.....niat kita suci & ikhlas....

Selasa, 8 November 2011

Pengorbanan...:)

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Khas buat pengetahuan semua.....Tips ini saya gunakan buat anak saya.boleh cuba InsyaAllah.....

Tips Mendidik Anak

  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
  • Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.

Khas Buat Suami Tersayang....

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
 
 

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Tuhan ciptakan 100 bagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Khamis, 13 Oktober 2011

Alhamdulilah.............

Syukur Alhamdulilah.........,bila melihat iman yang semakin membesar dan semakin bijak. Pada mulanya fikir iman belum masuk sekolah lagi risau akan perkembangan dia tetapi alhamdulilah ....dia sudah pandai mengaji,mengeja dan berwuduk. Aku tidak putus asa setiap hari aku luangkan sedikit masa untuk anakku. Walaupun sibuk dengan tugas harian selepas maghrib aku luangkan masa sepenuhnya untuk iman. Ajar mengaji,membaca dan aktiviti lain apa yang seronok sgt dia suka bermain dengan water color. penuh lukisan yang bermakna di hatinya telah dia lakarkan pada kertas lukisannya.



Setiap malam aku lagukan Ya Latif untuk dia tidur,alhamdulilah sampai ke usianya hari ini 4tahun setiap malam dia minta aku lagukan Ya Latif. Moga Allah golongkan anakku digolongan anak-anak yang soleh & bijaksana.... Sayu hati bila setiap malam bila nak tidur hendak memeluk aku....Umie sayang iman,papa pun sayang iman juga...besar dugaan aku bila nak melatih anak seorang diri,harap lepas nie hubby dapat posting sini dan tinggal bersama kami.

Moga Kehidupan kami lebih baik dari hari semalam......,walaupun hidup dalam sederhana namun aku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana aku diberi peluang untuk hidup lebih sempurna.




Rabu, 27 Julai 2011

kesibukan menutupi kesepian.......

Aku baru balik out station dungun terengganu.......penat tak terkata. Dalam sibukkan diri dengan mengahabiskan hari demi hari dengan tugas harian,terdetik di hati "bilalah semua ini akan berakhir?" mungkin tak semua yang tahu apa yang aku alami ketika ini. huhhh....lambatnya sampai ke temerloh,hubby dan iman dah tunggu aku kat sana. jam hampit 4pagi. kesian mereka,untuk berjumpa dengan aku terpaksa berpayah demikian.

kini sedang menghabiskan masa bersama hubby dan iman kerana hubby ambil cuti tahun. hubby kata next year kalau dia dapat sambung study, dia akan pergi. seronoknya dalam hati,tapi sedih pun ada kerana terpaksa berjauhan yang tak tahu mana tempat studynya. Rindu pada hubby,rindu pada mak dan ayah yang jauh. Banyak betul dugaan aku,selagi aku boleh harungi semua ini demi anakku dan suami tersayang. Moga Allah s.w.t sentiasa melindungi kami sekeluarga.

Bagi aku cukuplah kalau hubbu boleh adakan masa untuk beriadah bersama iman,belajar bersama. setiap hujung minggu je mesti akan tanya papa dia.aduh....bila dah pandai bertanya macam-macam.....jenuh jugak nak menjawab dan bagi alasan.
Paling aku seronok sekali dapat sambut bulan ramadhan bersama suami tercinta. Dalam kesibukan aku dengan tugas harian,dapat juga aku luangkan masa aku dengan nukilan aku....entah bila akan siap aku pun tak tahu. Yang penting,akan aku siapkan dan akan aku bukukan. Orang pertama yang akan aku hadiahkan pada sahabatku Mohd Nur Shahrin & Nazri serta tidak lupa buat kakak sayang kak mahani sidik.



Selasa, 14 Jun 2011

Alhamdulilah.....

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
 Mampu menarik nafas lega bila anakku sayang iman akif sudah tinggal bersamaku.....sudah terlalu lama aku tidak update diary ini. hanya dengan kesibukan tugas2 ku hampir aku terlupa akan kasih sayang aku pada anakku yang kian membesar yang perlukan kasih sayang dan perhatian.



InsyaAllah....umie sudah bersedia menempuh hidup denganmu walaupun kita terpaksa berjauhan dengan papa sayang. Next Year anak umie dah nak sekolah kan? dan hari pertama dia tinggal nursery dia menangis bila aku tinggalkan dia. Aku berharap yang dia tahu dan hargai akan pengorbanan umie dan papanya yang terpaksa bertugas....

ini juga permintaan hubbyku yang tidak mahu aku terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga lupa akan anaknya.....Aku turuti perintahnya,Umie berdoa agar hubby dapat posting cepat-cepat dan tinggal bersama kami seperti dahulu....kami rindukan saat kami semua dengan papa bersama......xpe2 yang penting me doakan yang terbaik untuk hubby o.k....kami semua sayang papa.....:)

Sabtu, 22 Januari 2011

hari yang memenatkan tapi menyeronokkan

dalam sedih 2 week xbalik jumpa anakandaku n hubby tersayang,mak ayah n adik nabil datang ke k.l plak dapat jumpa mereka walaupun sekejap..terubat rindu pd mereka,rasa bergenang air mata dah lama xjumpa mak ayah lebih terharu mak bekalkan aku n adikku rendang daging kegemaran kami yg mak buat sendiri tau....

aduh letih la plak jap lagi aku sambung ek...sbb panjang jgk cerita semalam yg memenatkan nie yang dikongsi bersama...

sambung lagi,pagi2 lagi dah keluar nk g jumpa mak ayh yang datang dr j.b...pagi ker?pagi 2 xlh pagi sgt boleh dikatakn dah masuk waktu nak makn tghari la...hehehe...jump mak n ayh kat kpg baru(terfikir knp kpg baru?)rupa2nya mrk nk mkn kt kpg baru..keh3...xkisah lah mak janji dapat jumpa mak....


emak n ayh tersayang

adik2ku

seronok dpt habiskn masa sehari dgn mak ayh n adik nabil....dah lama xjumpa sejak2 kami dok k.l nie...yang paling best mak bawakan masakan rendang daging kegemaran kami!!!!!nyam3....rindu giler nak makan rendang mak..itulah anak mak kan???anka ayh jugak...hehehe.. seharian bersama balik pun dah lewat mlm....nak tahu xapa yang kami lupa sepanjang seharian 2.????dah ah xsarapan pagi,ingatkan jumpa mak nak mkn bersama last2 jumpa mak ayah hilang rasa lapar kami.bila mak n ayah nak balik ke j.b semula malam 2 jugak baru lah perut kami mendidih je rasa xsabar nak makan...kuar makan with my cousin.pas makan hantar sepupu aku balik dan aku pun dalam kepenatan aku teruskan perjalanan pulang ke rumah....sampai umah pun dah pukul 10lebih jugak la...

baru nak melabuhkan diri adikku yg lagi sorang palk ajak g genting malam2 buta nie.aduhhhhhhh...........apa lah yang xbetulnya kepala adik2ku malam nielayan je la sementara tengah dok solo nie......dalam perjalanan aku n adikku ieza membuta je la....sejuk pulak 2 sedap arrrr tido... giler punya jalan2 kat genting waktu malam balik sampai umah ko 4pg....aduuuuyaiiiiiii....

 

Sabtu, 15 Januari 2011

good new (senyum)

pagi2 lagi dah call hubby,rindu sangat dah lama xjumpa.borak punya borak,hubby bgthu mgkn dia dapat posting next month tggu result keluar..seronoknya aku..........nak melonjak rasanya,saat yang aku tunggu2.so,next week balik kenalah kemas sikit2 barang kat umah gemas 2.ffuuhhhh.....semangat giler nak pindah...

Aduh...report xsiap lagi,byk lagi nie,pas nie nak masak jap sat g adik2ku nak balik  makan. pas 2 baru sambung buat report la..oooooo....alamakkkkkkkkk,blum call lagi anakandaku yang berada di umah tok neknya di perak 2...smlm call dia cakap sekejap je...dia xnak ckp dgn umie dia sbb dah seronok dok ikut tok nek dia kemana mana.aduuyaiiii..

tengah menghitung kira nie macam nak balik jay bee raya cina nie.....coz dah rindu sgt kat mak ayh n adik2 kt sana...ermmmm....perlu difikirkan nie...discuss with my hubby first.apa nak masak ek hari nie?

do my homework.....

pperrrrgggghhhhhhhhhhhh.........lewat giler bangun hari nie,tiada gangguan langsung.macam biasalah aku mulakan rutin harian(weekend je)hehehhee.....bangun,kemas umah,basuh baju,sidai baju,basuh lantai,kemas dapurku yang dah xterurus...mandi n buat sarapan...

siap sarapan call my hanie bunny"iman akif" yg berada di umah tok nek dia 2.....dia berjalan lah pulak ke umah nek long dia hp xbwk,xdpt ckp dgn dia.tengahari call lagi iman tido plak....petang call lagi masih tido lagi adeeiiiii...bilalah umie dapat cakap dgn iman nie????

sambil siapkan report2 aku nie sambil layan facebook...seronok iman dah pandai nak bersuku kata skrg nie...tambahan plak dah pandai menjawab soalan2 yang ada dlm laptop dia 2....alhamdulilah........walaupun xdapat hantar dia ke sekolah tahun nie,aku n hubby still adakan masa untuk bersama bila kami berjumpa.aku harap iman akan jadi anak yang soleh dan berilmu....aku rindu dan semakin sayang bila iman selalu cakap "iman sayang umie" sambil memeluk aku dari belakang...adeeeiiiiii manjalah plak anak aku sorang nie...bila kat papa dia pun dia akan buat perkara yang sama "iman sayang papa".........bilalah kami dapat tinggal sebumbung lagi macam dulu???harap cepat2 hubby dapat posting k.l.

Jumaat, 14 Januari 2011

weekend yang membosankan

early morning lagi dah buat mood aku hilang bila datang keje tgk atas meja  penuh dengan helian kosong yang meminta submit report 2 la report nie....but not now,coz busy ya amat n x hengat...but apa yg mampu aku buat???dah aku yang nk sgt keje kn?so hadap lah semua nie.....dammnn...coolx2....tarik nafas n cuba fikirkan cara terbaik tok aku siapkan semua nie.no choice.....bawak je balik semua file2 do at home la apa lagi....

balik keje je my son dah nak tinggalkan aku plak.....bosan lah plak nk ikut xboleh byk keje nak kena settle.

why bosan?coz my hanie bunny "iman akif" baru ikut opah dia n atok dia balik kampung tok nek dia kt perak  so,boring la.....nk balik tapi banyak plak report yang nak kena siapkan kena submit on monday nie.....aduyaiii....dah lah boring teringat plak mak ayh n adik2 kat j.b,aduh bilalah aku boleh balik nie????dah rindu sgt kt mrk.......aku nak ambil cuti panjang la nak balik j.b luangkan masa dengan mereka....

nie dah dok sorang2 nie apa nak buat plak nie???nak hadap keje2 nie dah xlarat dah .Esok je la aku hadap semula.time 2 rest....