Khamis, 21 Jun 2012

Kebahagiaan Yang Telah Allah Janjikan.....

Alhamdulilah.....kini sudah 33minggu,xsabar nantikan kehadiran cahaya mata ke-2 kami walau pun doktor kata Hero xpe la....itulah kebahagiaan kami sekeluarga. Abangnya Iman Akif juga tidak sabar nantikan kehadiran adiknya.

Kegembiraan tergambar di wajahnya bila setiap malam dia bercakap dengan adiknya"adik...buat apa tue?adik kelaur la...."lepas tue senyum......dan tergelak besar bila dia dapat rasakan pergerakan adiknya dalam perutku...Merekalah permata hatiku....:)

Segala persiapan telah kami sediakan,tq hubby kerana turut excited membeli barang keperluan untuk adik...:). Untuk  adik siap,untuk umie juga siap.

Rabu, 20 Jun 2012

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
 
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah
jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar
orang mengumpat.
“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1″

Selasa, 17 April 2012

Tidak perlu langsung...

Sesungguhnya Allah s.w.t lebih tahu apa yang berlaku semalam hari ini dan esok....Bosan rasanya bila berdepan dengan orang yang bermuka-muka nie....bak kata pepatah...."jangan pandang luaran yang nampak seperti insan soleh & solehah di sisi Allah s.w.t itu lebih elok dan yang di pandang seperti tidak beramal soleh itu buruk",tidak sama sekali....semua itu tidak menjanjikan apa-apa,hanya mengaburi pandangan mata kita sahaja....

kadang-kadang orang yang lebih nampak seperti alim ulama itu lah yang kata-katanya tidak seiring dengan tingkah laku. Orang seperti ini lah yang kita takut kerana dia lah yang menempah topeng setiap masa bila diperlukan....xpe lah selagi dunia xbergoyang dunia nie kau yang punya wahai teman.....Kau lah yang baik di mata orang,kau lah yang mulia,kau lah yang buat semua....ikut lah apa pun yang kau nak buat tapi ingat...di dunia kau memang menang tetapi belum tentu di akhirat kelak.

Apa yang di cari adalah keberkatan,berkatkah rezeki yang kita dapat setiap hari? Memang...memang tue semua kerja Allah s.w.t,tetapi tidak perlu dikeluarkan dari mulutmu itu yang xtahu lah akan bau longkang atau tidak yang selalu hanya pandai berkata-kata ibarat kaulah yang BENAR....kaulah yang MULIA. Adei....hai,penatlah nak berdepan dengan muka kau nie sayang oooiiii....jauhkanlah perasaan benci dari menular lebih dalam diri nie....


Jauhkanlah diri ini dari jadi manusia tak sedar diri.....

Amin...

Selasa, 20 Mac 2012

Sometimes.. something.. at all times


 "…sometimes, when you give up on someone, it’s not because you don’t care anymore, but rather because you realize they don’t.
something very simple, but yet so profound: Whosoever does good must know that it is from Allah (Azza-wa-jall) and it is only He who allowed him to do so; and whosoever is protected from evil, must know that it is Allah (Azza-wa-jall) who protected him and there is no one else who can do so.
at all times, be firm in your heart. Ibn Ata’illah stated:
“Relieve yourself of worry after you have planned; do not concern yourself with what Allah has undertaken on your behalf.”

Sunnah Nabi Muhammad pererat hubungan pasangan






RASULULLAH SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang tiada tandingan. Allah membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam, ayat 4)
Sifat sempurna itulah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW, hati mereka mencintai Baginda, bahkan berapa ramai yang dulunya bersikap keras berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak serta budi Nabi SAW.
Sukarnya menggambarkan kemuliaan akhlak dimiliki Baginda, Saidatina Aisyah menisbahkan keperibadian Rasulullah SAW dengan kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan romantis dengan isteri-isterinya. Namun, sunnah ini seakan dilupakan suami masa kini yang sering menggambarkan diri mereka pemegang kuasa keluarga, perlu sentiasa kelihatan bengis dan egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas rasa tawaduk dan romantisnya Baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.



“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Antara impian dan renungan





Sedang aku membaca artikel itu, ada airmata yang bergenang. Perlahan ku kesat dengan hujung lengan baju. Alangkah damai dan bahagianya. Asyik aku membaca sebuah kisah pasangan yang berkerjaya dan sentiasa dikejar kesibukan tapi tidak pernah meninggalkan solat berjemaah Subuh dan Isya’ bersama-sama dimasjid. Alangkah sejuknya hati terasa… kesemua anak-anak mereka adalah penghafaz al-Quran.

Syurga dunia. Cahaya akhirat. Aku tersenyum dan tertunduk, airmataku mengalir lagi. Semoga Allah merahmati dan menambah keteguhan kalian.
Sesungguhnya hidup manusia di dunia ini hanyalah untuk waktu yang sementara sahaja. Apabila tiba waktunya, roh pun akan dijemput pulang kembali kepada Yang Maha Pencipta. Ketika itu harta benda, kemewahan dunia, pangkat dan darjat, keturunan, rupa yang ayu, cantik rupawan, kemasyhuran dan sebagainya tidak berguna lagi melainkan mereka yang kembali kepada Allah SWT dengan hati yang sejahtera.

Di hari itu akan tampaklah dengan senyata-nyatanya, hakikat kehidupan ini yang sebenarnya. Tertipulah mereka yang telah tertipu oleh kehidupan dunia yang sememangnya senda gurau dan permainan sahaja. Berjayalah mereka yang telah menyiapkan persiapan untuk bertemu dengan Allah SWT. Mereka yang beriman dan melakukan amalan-amalan soleh. Mereka yang sering kembali bertaubat kepada Allah SWT dan mereka yang sering memperhatikan cela diri sendiri dan mencari jalan untuk memperbaikinya.
Aduhai diriku, jiwa yang alpa.

Bersyukurlah ke atas segala nikmat dan kurniaan-Nya yang tidak terhitung, yang zahir dan yang tersembunyi. Yang tidak pernah kau hargai dan telah engkau persia-siakan.
Carilah taufik dan hidayah Ilahimu. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan menyesatkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Di dalam Genggaman-Nyalah segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Menangis bukanlah kelemahan, tapi tanda kejujuran hati. Tiada pemandangan yang lebih indah, daripada dirimu yang sedang diuji atau disakiti, tapi tetap setia bermanja hati kepada Tuhanmu.
 "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya." 

 While frivolous, empty stories can be woven into a spin of amusing literature, "ajal" is too near to prodigalize on the mundanes. Therefore, I am. I read. I observe, I learn, I write, I love & I hurt sometimes. Recently I plan to smile more often. Say "Subhanallahil-A'zim wabihamdihi" :)





Ujian Itu Keuntungan

Hidup tidak semestinya berada diatas kerana hidup kita ibarat roda setiap kitaran dan pusingannya akan kita lalui....

Mengharapkan keredhaan Allah bukanlah suatu yang mudah buat mana-mana manusia yang benar-benar menuntut kasih dan sayang dari sang pencipta. Keredhaan Allah itu adalah hak untuk setiap manusia mendapatkannya,  namun ia hanya benar-benar layak untuk hamba-hamba yang runtun hati dan jiwanya hanya untuk diserahkan kepada Allah.
Setiap manusia mahu mendapatkan yang terbaik untuk hidup mereka. Ramai yang sedar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sebelum manusia dihidupkan semula di akhirat kelak. Namun buat insan yang benar-benar menuntut keredhaan Allah jalan perjuangannya tidak akan dihiasai dengan perkara yang indah, sebaliknya Allah akan mengujinya dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bakal menguji keikhlasannya dalam perjuangan.


Mengapa aku diuji?

" arghh, kenapalah tuhan tidak adil kepada aku"....kenapa aku diuji sebegini sedangkan manusia lain tidak..tension betul.."

Sememangnya buat jiwa dan hati yang tidak cekal dengan ujian yang diberikan akan terus menyalahkan fitrah dan norma kehidupan. Lebih parah ada yang menyalahkan Allah sebagai pembeban  kepada hidup mereka. Manusia diuji kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah, tetapi pandangan yang bagaimana? Pandangan itu ialah pandangan kasih dan sayang pencipta kepada hambanya. Beruntunglah manusia yang sering diuji kerana hidupnya mendapat perhatian dari Allah yang maha mengatahui mengapa ujian itu diberikan.

Bayangkan anda dihimpunkan bersama-sama seluruh penduduk dunia di padang masyar, dalam keramaian manusia tadi tiba-tiba nama anda dipanggil Allah untuk menjadi tetamu syurga. Beruntunglah si pemilik nama tadi yang untungnya tiada tandingan walaupun seberat bulan , matahari dan bumi. Begitulah juga dengan konsep ujian tadi, manusia yang diuji adalah manusia yang mendapat perhatian dari Allah. Dalam berbilion penduduk bumi tetapi hanya satu nama yang mendapat perhatian untuk diuji dengan ujian yang tertentu. Bukankah itu adalah satu keuntungan buat manusia yang diuji tadi? Dengan ujian tadi Allah akan mengangkat martabat hambanya jika dia ikhlas dalam menempuh bebanan yang diamanahkan kepadanya.Sebagai seorang hamba juga kita perlu ingat, ujian yang diterima oleh kita tidak akan sama dengan insan yang lain. Jika kita merasa diri sudah dipikul dengan ujian yang berat sebenarnya masih ramai yang diuji dengan ujian yang hebat dan berat.
Pimpinlah Daku

"Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka,dan merekalah orang-orang yang beruntung" Surah Al-Baqarah 2:5

Hayatilah ayat diatas tadi, sesungguhnya janji Allah adalah benar-benar belaka dan tiada dusta. Allah menjanjikan buat hamba-hambanya yang beramal soleh dengan keuntungan yang tiada nilainya di bumi ini.
Buatmu teman seperjuangan,andai sebelum ini hatimu sering mengeluh dengan ujian yang diturunkan kepadamu maka muhasabahlah segera niatmu dalam menuntut ilmu.
Apa yang kita cari sebenarnya semasa menutut ilmu? wanita, kedudukan,kekayaan atau sebaliknya? Apakah kita tidak merasa untung bila mendapat perhatian dari Allah? Apakah kita akan mudah menyerahkan segalanya sebelum kita benar-benar menamatkan perjuangan yang sebenar di dunia ini. Bukan kita sahaja diuji, sebaliknya setiap manusia akan diuji dengan bemacam-macam jenis ujian yang berbeza.  Hanya masa dan takdir yang akan menentukan samada kita ini benar-benar seorang pejuang atau sebaliknya. Renungkan...

Isnin, 13 Februari 2012

Rangsang Anak Bijak & Berakhlak

Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

1.Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2.Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

3.Amalan Bacaan Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

4.Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5.Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

6.Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

7.Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

8.Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.