Selasa, 20 Mac 2012

Antara impian dan renungan





Sedang aku membaca artikel itu, ada airmata yang bergenang. Perlahan ku kesat dengan hujung lengan baju. Alangkah damai dan bahagianya. Asyik aku membaca sebuah kisah pasangan yang berkerjaya dan sentiasa dikejar kesibukan tapi tidak pernah meninggalkan solat berjemaah Subuh dan Isya’ bersama-sama dimasjid. Alangkah sejuknya hati terasa… kesemua anak-anak mereka adalah penghafaz al-Quran.

Syurga dunia. Cahaya akhirat. Aku tersenyum dan tertunduk, airmataku mengalir lagi. Semoga Allah merahmati dan menambah keteguhan kalian.
Sesungguhnya hidup manusia di dunia ini hanyalah untuk waktu yang sementara sahaja. Apabila tiba waktunya, roh pun akan dijemput pulang kembali kepada Yang Maha Pencipta. Ketika itu harta benda, kemewahan dunia, pangkat dan darjat, keturunan, rupa yang ayu, cantik rupawan, kemasyhuran dan sebagainya tidak berguna lagi melainkan mereka yang kembali kepada Allah SWT dengan hati yang sejahtera.

Di hari itu akan tampaklah dengan senyata-nyatanya, hakikat kehidupan ini yang sebenarnya. Tertipulah mereka yang telah tertipu oleh kehidupan dunia yang sememangnya senda gurau dan permainan sahaja. Berjayalah mereka yang telah menyiapkan persiapan untuk bertemu dengan Allah SWT. Mereka yang beriman dan melakukan amalan-amalan soleh. Mereka yang sering kembali bertaubat kepada Allah SWT dan mereka yang sering memperhatikan cela diri sendiri dan mencari jalan untuk memperbaikinya.
Aduhai diriku, jiwa yang alpa.

Bersyukurlah ke atas segala nikmat dan kurniaan-Nya yang tidak terhitung, yang zahir dan yang tersembunyi. Yang tidak pernah kau hargai dan telah engkau persia-siakan.
Carilah taufik dan hidayah Ilahimu. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan menyesatkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Di dalam Genggaman-Nyalah segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Menangis bukanlah kelemahan, tapi tanda kejujuran hati. Tiada pemandangan yang lebih indah, daripada dirimu yang sedang diuji atau disakiti, tapi tetap setia bermanja hati kepada Tuhanmu.
 "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya." 

 While frivolous, empty stories can be woven into a spin of amusing literature, "ajal" is too near to prodigalize on the mundanes. Therefore, I am. I read. I observe, I learn, I write, I love & I hurt sometimes. Recently I plan to smile more often. Say "Subhanallahil-A'zim wabihamdihi" :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan