Alhamdulilah.......
setelah sekian lama tidak sempat ku coretkan ke blog ini segala xtvt ku.....Aku bersyukur sgt kerana telah dikurniakan kekuatan demi ank2 tercinta untuk terus bersama mereka......Walau berbagai pahit getir aku alami untuk cari bagaimana cara untuk aku bersama mereka sentisa,akhirnya dengan dorongan suami tercinta aku dapat juga membuka taska sendiri......
Walaupun penat,aku sgt berpuas hati dgn ank2 di taska...jiwa seronok bersama mereka....boleh bermain bersama mereka,bermanja bersama.....belajar bersama.Aku xkisah apa org nak kata,mungkin ada yang kata "apa lah dah keje elok2,nak jadi pengasuh."pedulikan apa pun org nak kata....kerana menjaga ahli syurga lagi buat aku bahagia....Hina sangat ker keje jadi pengasuh nie???Aku harap aku lebih ikhlas dalam tugas yang aku pilih agar segalanya diberkati.Tidak semestinya menjadi seorang pengasuh tidak berilmu,tidak pandai.....Kadang2 pengasuhlah lebih berilmu tetapi aku yang kebanyakkan ibu bapa sekarang juga lebih bijak dalam menguruskan anak2....Aku yakin semua ibu2 jika diberi pilihan antara kerja dengan bersama keluarga,pasti mereka ingin bersama keluarga..mereka boleh mengabiskan masa bersama anak2 saat yang paling indah tidak boleh dilupakan sehingga melihat anka2 membesar.Tapi apakan daya,dalam era pembangunan sekarang,kerjaya juga memainkan peranan yang sgt penting dalam membantu keluarga....
Jadi tidak salah jika aku memilih untuk membantu mereka2 yang bekerjaya dalam menguruskan anak2 mereka.....Penat memang sangat penat tetapi aku sangat gembira kerana melihat anak2 bersama.mereka juga ada tempat bermanja,mengadu......Tidak perlu berdepan dgn segala politik kerja yang entah apa2......Aku cuma berharap yang aku boleh terus berjaya.
Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada en suami yang sanggup bersusah payah demi aku dan anak2...walaupun kami terpaksa duduk berjauhan tapi kami selalu mengingati antara satu sama lain.....jumpa weekend je la....:)
hidup ini tidak semudah yang kita sangka,kita hanya merancang tetapi Allah yang tentukan segala...kita perlu berusaha untuk segala perancangan....Semoga Allah permudahkan segala urusanku....
Nanti ada kelapangan aku story lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan